Terma & Syarat Penyertaan
Terma & syarat untuk menyertai InnoMap MaGRIs
- Utama
- Terma & Syarat
Di bawah adalah syarat-syarat penyertaan Inovasi Akar Umbi MaGRIs:
- Penyertaan terbuka kepada rakyat Malaysia yang berumur dari 18 tahun dan ke atas; secara Individu atau Berkumpulan.
- Inovasi tersebut mesti memenuhi definisi “Inovasi Akar Umbi” yang ditetapkan seperti di bawah:
- Produk atau proses inovasi yang dibangunkan oleh golongan berpendapatan rendah, biasanya bertujuan untuk memenuhi keperluan asas serta mengatasi kesusahan dan cabaran hidup, ATAU
- Inovasi diterajui komuniti untuk mencapai kelestarian hidup yang sering mengalami kesukaran untuk berkembang luas ke pasaran-pasaran lain.
- Inovasi yang mempunyai nilai tinggi, berimpak positif dan menyumbang kearah kesejahteraan komuniti luar bandar akan diberi keutamaan.
- Inovasi yang dipertandingkan merupakan Idea asal atau penambahbaikan daripada inovasi sedia ada.
- Inovasi yang disertakan mesti telah mencapai fasa protataip (hampir siap) atau siap dibangunkan. Setiap penyertaan harus dilengkapkan dengan maklumat yang mencukupi untuk memudahkan proses pemilihan.
- Semua penyertaan mesti diterima pihak penganjur selewat-lewatnya pada bulan Februari setiap tahun, akan dinilai pada tahun yang sama. Penyertaan yang diterima selepas tarikh tersebut akan dinilai pada tahun berikutnya.
- Inovasi terpilih oleh Jawatankuasa Penilaian MaGRIs akan diberi bimbingan dan sokongan pembangunan ke tahap pra-pengkomersialan, seterusnya dilengkapi dengan pelan perniagaan strategik (tertakluk kepada kebolehlaksanaan)
- Semua peserta terpilih mesti bersetuju mengambil bahagian dan melengkapkan keseluruhan program serta memenuhi terma dan syarat yang ditetapkan oleh pihak penganjur.
- Keputusan Jawatankuasa Penilaian MaGRIs adalah muktamad.
- Pengumuman akan dibuat di laman sesawang dan media sosial YIM dan pemenang akan dihubungi oleh sekretariat melalui panggilan telefon.